Ihsan Warga Guru SMK Kemabong

Ihsan Warga Guru SMK Kemabong

Pesanan Buat Calon PMR 2011

Selamat Menghadapi Peperiksaan PMR SMK Kemabong

Kepada murid- murid yang akan menduduki peperiksaan PMR yang bermula dari 4/10/2011 hingga 10/10/2011, harap sudahpun bersedia dari segi mental dan fizikal.Kepada yang masih tercari-cari soalan2 percubaan pmr tahun lepas bolehlah cek dibawah.Haa..takkan baru last minute baru berhabis belajar?..Apapun good luck kepada semua.

Saya nak share satu petua sebelum memulakan peperiksaan, iaitu jangan panik dan gemuruh ketika dalam dewan peperiksaan sebab bila dah panik semua benda akan lupa dan pastikan bawa semua kelengkapan peperiksaan.Yang paling penting kena bawa kad pengenalan, slip peperiksaan & sebotol air masak.




Saturday, October 1, 2011

Perangsang Kejayaan

Berubah Pemikiran
Pemikiran adalah pergantungan utama yang menyebabkan manusia itu bertindak. Hentikan alasan-alasan yang boleh mengganggu dan berubah kepada pemikiran yang lebih potitif. Perbaiki cara berfikir untuk menuju kecemerlangan.

Tidak mahu mengaku kelemahan diri
Sikap ini adalah penyebab kepada kegagalan manusia. Kita adalah makhluk yang hebat. Maka dari itu, manusia yang hebat selalu bertanya untuk mengetahui dan mempertingkatkan kreadibiliti diri yang menjurus ke arah kewibawaan dan karisma sebagai orang yang cemerlang.

Matlamat
Matlamat adalah perkara penting dalam aspek perubahan sikap. Seharusnya kita tidak boleh memandang ringan hal ini kerana matlamat adalah kompas kehidupan. Kita perlu mempunyai matlamat khusus demi mencapai apa yang kita mahukan.

Berdoa
Berdoa adalah senjata yang paling mustajab. Berdoalah selepas berusaha bersungguh-sungguh, mengikut jangka masa yang teratur dan belajar dengan kaedah yang betul. Natijah yang baik akan diperolehi jika kita berdoa sepanjang usaha yang kita lakukan.

Kesimpulan
Perubahan sikap adalah satu tuntutan. Ia perlu untuk mencapai kecemerlangan hidup. Prioriti harus diletakkan bagi ketiga-tiga eleman sikap. Sikap sambil lewa dan hanya memberatkan salah satu aspek atau elemen sahaja bukanlah pelengkap kepada perubahan sikap. Sikap boleh diubah oleh diri kita.